Ular Makan Tombol Pintu Disangka Telur Ayam

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 06 Dec 2016 07:01:22

SEEKOR ular mendapat nama sebagai ‘Doorknob’ setelah memakan tombol pintu yang disangkanya sebagai telur ayam.

Menurut sebuah laman antarabangsa, reptilia berkenaan dibiarkan membiak oleh seorang peladang di Ballwin, Missouri, Amerika Syarikat berhampiran reban ayamnya untuk menangkap tikus yang berkeliaran di sekitar reban tersebut.

Seperti kebiasaannya, peladang itu meneruskan rutin harian memeriksa reban ayamnya namun terkejut dengan kehadiran seekor ular berwarna hitam dengan perut reptilia berkenaan telah membonjol.

Sangsi dengan benjolan tersebut, peladang itu telah membawa ular berkenaan ke klinik veterinar yang terdapat di bandar itu untuk menyiasat apa yang dimakan oleh reptilia itu.

Ular Makan Tombol Pintu Disangka Telur Ayam

Ular Makan Tombol Pintu Disangka Telur Ayam

Setelah melakukan imbasan X (X-ray) doktor mengesahkan benjolan yang ada di dalam perutnya itu adalah tombol pintu dan pembedahan dilakukan untuk membuangnya.

Difahamkan tombol pintu itu pada asalnya diletakkan oleh peladang tersebut di atas tanah sebagai ‘telur palsu’ bagi menggalakkan ayam ternakkannya bertelur.

Namun tidak menyangka lain pula yang terjadi apabila menjadi santapan seekor ular yang menyangka ianya adalah telur ayam.

Reptilia berkenaan terpaksa menjalani tempoh penyembuhan selama beberapa bulan bagi menyembuhkan kesan pembedahan sepanjang 6 inci di perutnya sebelum dilepaskan semula ke habitatnya. -MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts