Makanan Untuk Supaya Demam Cepat Sembuh

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 07 Oct 2016 11:00:16

Bila tubuh mula rasa letih dan lenguh, tekak pula mula merengsa tak kena, itu merupakan tanda demam akan tiba. Tapi apa caranya untuk hilangkannya dengan secepatnya? Seeloknya ambil makanan ini kala demam untuk melegakan demam dengan segera.

shutterstock_490135480

1. Sup ayam 

Pastikan yang ia mengandungi bawang putih kerana ia adalah antibiotik semula jadi yang paling membantu dalam melegakan demam. Bawang putih juga bertindak sebagai anti-virus serta menyalurkan anti-oksidan pada tubuh. Ayam adalah sumber protein yang menyalurkan tenaga pada tubuh. 

2. Sup Ikan

Sebaiknya ambil sup ikan kala demam kerana kebanyakan jenis ikan kaya dengan Omega-3 yang membantu dalam menyembuhkan demam. 

3. Sup Sayur

Sememangnya kita tahu yang sayur-sayuran baik untuk kesihatan. Jadi, seeloknya ambil sup sayur kala jika mengalami demam. Ia sedikit sebanyak melawan sejuk tubuh dan selesema.

4. Madu Asli

Madu ternyata mengandungi bahan antibakteria dan antivirus yang melawan penyakit dan demam dalam tubuh. Ia juga baik untuk melegakan sakit tekak yang berpunca dari demam.

5. Buah kiwi

Buah kiwi mampu mengurangkan gejala demam dan sekaligus mempercepatkan tempoh untuk sembuh. Ia juga mampu mempertingkatkan tahap kekebalan tubuh dalam sel darah merah.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts