Makluman: Laporan Susulan Operasi Pembenihan Awan Bagi Negeri Perlis Dan Kedah

by Oh! Semput


5
SHARES
66
VIEWS
Posted on 09 Apr 2026 08:00:23

alt

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):

Secara keseluruhannya, Operasi Pembenihan Awan pada 7 April 2026 dikategorikan sebagai berjaya. Data daripada stesen cerapan dan sistem MYRAE MET Malaysia menunjukkan taburan hujan yang signifikan:

  • Perlis: Mencatatkan antara 10 mm hingga 45 mm (jam 7:00-8:00 malam).
  • Kedah: Mencatatkan antara 6 mm hingga 57.4 mm (jam 7:00-10:00 malam).

Kejayaan ini membuktikan bahawa pelaksanaan OPA dalam kondisi atmosfera yang sesuai adalah sangat efektif dalam menangani isu kekurangan air di kawasan tadahan kritikal.

Operasi ini merupakan langkah intervensi bagi meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan yang terjejas akibat cuaca kering dan kekurangan hujan sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Usaha ini memberi fokus kepada Il empangan utama yang dalam kategori waspada, amaran dan kritikal melibatkan tiga (3) negeri di utara iaitu Perak, Kedah dan Perlis, serta satu (1) kawasan di selatan Semenanjung iaitu negeri Johor bermula 6 hingga 8 April 2026.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts