Malaysi dan Singapura meterai perjanjian HSR

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 13 Dec 2016 12:00:57

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyaksikan pertukaran dokumen selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Dua Hala Mengenai High Speed Rail (HSR) antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Penyelaras bagi Infrastuktur dan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. Turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean (kiri). – Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian dua hala mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di sini, hari ini.

Antara lain perjanjian itu memuktamadkan mengenai beberapa aspek termasuk teknikal, keselamatan, komersial, pembiayaan dan rangka kerja perundangan.

Hadir menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong.

Perjanjian itu dimeterai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Abdul Rahman Dahlan manakala Singapura oleh Menteri Penyelaras bagi Infrastruktur dan Menteri Pengangkutan, Khaw Boon Wan di Bangunan Perdana Putra.

Yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean (kiri).

Category: Semasa


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts