Malaysia jaguh Ragbi Asia, tewaskan Sri Lanka 22-9

by Oh! Semput


8
SHARES
106
VIEWS
Posted on 20 May 2017 16:03:51

Pemain Malaysia Wong Wye Wyw (kiri) berjaya melakukan try pada perlawanan akhir menentang Sri Lanka pada Kejohanan Ragbi Asia 2017 di Padang Ipoh hari ini. — Foto BernamaIPOH, 20 Mei — Malaysia mengekalkan kejuaraan Kejohanan Ragbi Asia (ARC) Divisyen 1 selepas bangkit untuk menewaskan Sri Lanka 22-9 dalam perlawanan penentuan di Padang Ipoh, di sini hari ini.

Semangat skuad Bunga Raya untuk mempertahankan gelaran dapat dilihat dari awal permainan setelah pemain import, Jone Mawara Nasalo berjaya melakukan try pada minit ketiga untuk memberi lima mata pertama buat pasukan negara.

Namun pasukan pelawat yang berada di ranking ke-42 dunia, enggan membenarkan Malaysia memenangi perlawanan dengan mudah apabila bangkit memintas skuad bimbingan Lee Yuk Fah 6-5 menerusi dua penalti Thilina Wijesinghe pada separuh masa pertama.

Pasukan negara tampak sedikit goyah selepas itu dan Wijesinghe memperkukuhkan kedudukan pasukannya dengan satu lagi penalti untuk pelawat mendahului 9-5.

Namun, pada 20 minit terakhir perlawanan, pasukan  negara berjaya menceriakan lebih 2,000 penyokong setelah Sakiusa Terence Gavidi melakukan try untuk memecah kebuntuan, sekali gus meletakkan Malaysia di hadapan 10-9 sebelum Wan Mohamad Asyraf Norudin menyempurnakan conversion untuk kedudukan 12-9.

Jaringan itu jelas membangkitkan semangat pasukan negara hingga membolehkan Wong Wye Wye melakukan satu lagi try untuk memberi kedudukan selesa 17-9 kepada Malaysia diikuti tambahan dua mata hasil conversion Muhammad Amirul Aqil Kamsol.

Muhammad Amirul Aqil kemudian melengkapkan kemenangan negara dengan tambahan tiga mata hasil penalti untuk keputusan muktamad 22-9.

Sementara itu, Lee yang ditemui selepas perlawanan mengakui banyak kesilapan dilakukan anak buahnya namun berpuas hati apabila kesilapan tersebut berjaya diatasi.

"Agak sukar apabila kita bermain di bawah tekanan kerana perlu mengekalkan kejuaraan, namun inilah kelebihan Malaysia tidak mudah putus asa apabila bangkit pada 20 minit terakhir untuk memenangi perlawanan.

"Selepas kejohanan ini, pasukan negara akan membuat persiapan bagi bertemu Hong Kong dan Korea Selatan selepas layak masuk ke Liga Perdana 2018," katanya. 

Terdahulu dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan empat, Filipina menewaskan Emeriah Arab Bersatu (UAE) 34-26, sekali gus menyebabkan pasukan dari Timur Tengah itu turun ke divisyen dua ARC. — Bernama

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts