Acer Malaysia Memperkenalkan Sistem POS POSWARE Untuk Perniagaan Tempatan

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 12 Nov 2026 10:30:47

Acer Malaysia hari ini telah memperkenalkan POSWARE, iaitu portfolio sistem jualan (point of sales) Acer yang direka untuk mempermudahkan operasi harian, meningkatkan kecekapan transaksi, dan memperbaik pengalaman pelanggan untuk para peniaga di Malaysia.

Sistem ini terdiri daripada POSWARE Smart Order F1, iaitu sistem penyelesaian POS di kaunter yang memudahkan transaksi pembayaran antara pelanggan dan perniagaan, sistem paparan dapur POSWARE KDS yang membantu pekerja dapur untuk mengatur urutan penyediaan makanan dan pemantauan proses pesanan.

Direka untuk memenuhi keperluan sektor seperti peruncit, pemborongan, dan makanan dan minuman; penyelesaian kaunter serba boleh POSWARE Smart Order F1 menggabungkan pengimbas kod bar, pencetak resit haba dengan tetapan dwi paparan. Reka bentuk bergabung ini membantu pelbagai perniagaan mempermudahkan proses pembayaran disamping menyediakan ketelusan transaksi yang lebih baik dan pengalaman pelanggan yang lebih lancar.

Rekaan POSWARE Smart Order F1 menjadikannya sesuai untuk pelbagai lingkungan perniagaan, dari kaunter peruncit yang kecil dan kafe sehingga pasar raya dan perniagaan yang lebih besar. Ini juga bermakna bahawa sistem peruncitan ini mudah untuk diskalakan oleh mana-mana perniagaan sekiranya mereka mahu mengembangkan operasi tanpa masalah.

Untuk operasi dapur pula, sistem paparan dapur POSWARE KDS dilengkapi dengan paparan sesentuh 10 mata Full HD 18.5 inici dengan kerangka yang tahan lasak. Paparan ini membantu para pekerja dapur melihat pesanan yang masuk, mengatur barisan penyediaan dan memantau proses pesanan ketika digunakan dengan perisian pengurusan dapur yang sesuai.

Untuk memudahkan proses perkhidmatan pelanggan, pembaikan dan sebagainya, perkakasan-perkakasan POSWARE adalah tertakluk di bawah syarikat perkhidmatan pelanggan Acer, iaitu Highpoint Service Network yang mempunyai rangkaian perkhidmatan pelanggan yang tersedia di seluruh Malaysia.

Pra-tempahan untuk POSWARE Smart Order F1 dan POSWARE KDS sudahpun dibuka pada harga permulaan RM6999 dan RM4999.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts