Mangsa Banjir Di Kelantan Kekal 67 Orang Pagi Ini

by Oh! Semput


7
SHARES
97
VIEWS
Posted on 05 Dec 2016 04:01:17

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan kekal 67 orang sehingga 8 pagi ini, menurut portal rasmi kerajaan Kelantan.

Menurut portal http://ebanjir.kelantan.gov.my, kesemua mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja, Pasir Puteh (26 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, Bachok (12 orang), dan SK Tiong, Kota Bharu (29 orang).

Sementara itu, menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air sungai Kelantan di Sungai Golok, Rantau Panjang di Pasir Mas pada 7 pagi ini menurun kepada 7.34 meter berbanding 7.81 meter pada 8 malam tadi.

Paras berjaga-jaga bagi sungai berkenaan adalah tujuh meter.

Cuaca pada pagi ini adalah cerah. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts