Mangsa Banjir Di Terengganu Kekal 7 Orang

by Oh! Semput


8
SHARES
109
VIEWS
Posted on 01 Dec 2016 07:01:22

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu setakat pukul 2 petang kekal tujuh orang daripada tiga keluarga.

Mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Chendering di sini, satu-satunya pusat pemindahan yang masih dibuka di negeri ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu, Rusmi Mahmood berkata empat pusat pemindahan lain yang menempatkan 320 mangsa sebelum ini telah ditutup semalam.

Penduduk terutama di kawasan rendah diminta terus berwaspada berikutan Jabatan Meteorologi meramalkan hujan lebat dijangka berterusan sehingga Sabtu ini. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts