Mangsa rogol maut dihentak batu

by Oh! Semput


10
SHARES
133
VIEWS
Posted on 15 May 2017 09:01:25

FOTO hiasan.

NEW DELHI: Seorang wanita yang dirogol bergilir-gilir sekumpulan lelaki maut selepas kepalanya dihentak batu oleh perogol yang berang kerana mangsa mengugut melaporkan kejadian itu.

Polis di utara Haryana berkata, mayat mangsa ditemui di sebuah padang Khamis lalu.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek di bandar Sonipat, kira-kira 44 kilometer dari ibu negara.

Penguasa polis, Ashwin Shenvi, berkata enam lagi suspek disiasat selepas ibu mangsa mendakwa mereka bersubahat dalam kejadian itu.

Mangsa berusia 23 tahun, bekerja sebagai buruh dirogol selepas dibawa menaiki kereta suspek ke bandar berdekatan kediamannya di daerah Rohtak. Seorang daripada suspek mengenali mangsa.

"Mereka menghentak kepala mangsa dengan batu sehingga mati apabila dia memberitahu akan melaporkan kejadian itu kepada polis. Perbuatan mereka amat kejam," kata Shenvi. - Reuters

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts