Markas Ajaran Syiah Diserbu, 226 Individu Ditemui Dalam Premis

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 28 Jun 2026 04:31:38

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melancarkan operasi bersepadu terhadap sebuah premis di Pusat Perdagangan Lagoon Perdana yang disyaki mempunyai kaitan dengan penyebaran ajaran Syiah, hasil maklumat yang diterima daripada orang awam.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, operasi yang dijalankan kira-kira jam 9.34 malam pada Khamis itu melibatkan siasatan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, termasuk kesalahan berkaitan menghina pihak berkuasa agama, menyebarkan pendapat yang bercanggah dengan fatwa serta penerbitan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Menurut beliau, pemeriksaan di lokasi mendapati seramai 226 individu berada di dalam premis berkenaan, terdiri daripada 147 lelaki, 51 wanita dan 28 kanak-kanak yang keseluruhannya merupakan warga asing dari Pakistan, India dan Bangladesh.

“Hasil pemeriksaan turut mendapati terdapat beberapa ketidakpatuhan berkaitan struktur dan pengubahsuaian bangunan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengeluarkan notis di bawah Subseksyen 72(1)(a) dan (c) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, yang menghendaki pemilik premis mematuhi arahan pembetulan dalam tempoh 14 hari.

Operasi bersepadu berkenaan turut melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta MBSJ, dengan kekuatan keseluruhan seramai 120 pegawai dan anggota.

Mohd Shahzihan berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti sama ada berlaku sebarang pelanggaran terhadap peruntukan undang-undang agama Islam di negeri Selangor.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti atau penyebaran ajaran Syiah supaya menyalurkannya kepada Hotline JAIS di talian 1800-88-2424 bagi membolehkan tindakan lanjut diambil, selain menasihatkan umat Islam agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang bertentangan dengan fatwa dan peruntukan undang-undang agama yang berkuat kuasa di negeri ini.

Markas Ajaran Syiah Diserbu, 226 Individu Ditemui Dalam Premis first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts