by Oh! Semput
UMNO Kota Marudu Wakil Tunggal Sabah Dipilih ‘Top Ten’
KOTA KINABALU: UMNO bahagian Kota Marudu membuktikan Sabah mampu bersaing dalam bidang IT selepas tersenarai kelompok 10 terbaik di Malaysia dalam pertandingan mencipta laman web UMNO bahagian.
UMNO Kota Marudu diumumkan pemenang tempat keenam sebentar tadi.
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bertempat di Lobi Aras 4, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia KL Putra (KL PWTC).
Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Datuk Wetrom @ Mohd. Fikri Bahanda tidak menyangka sama sekali UMNO Kota Marudu dipilih menjadi 10 Terbaik daripada 191 bahagian UMNO di seluruh negara.
“Walaupun kami hanya mendapat nombor enam malam ini ia tidak penting kerana diiktiraf dalam ‘Top Ten’ lebih daripada apa yang kami harapkan,” kata beliau.
UMNO bahagian Kota Marudu merupakan wakil tunggal negeri Sabah yang terpilih ke peringkat akhir.
Sementara itu Pengerusi Biro IT UMNO bahagian Kota Marudu, saudara Jaludin Hassan ketika dihubungi Portal Suara Masyarakat Sabah sebentar tadi memberitahu, walaupun berada di kawasan luar bandar, ia bukan alasan untuk kita tidak mengambil tahu dan mempelajari ilmu IT.
Keputusan tempat pertama UMNO Bahagian Lembah Pantai, Kedua UMNO bahagian Subang dan tempat ketiga UMNO Putera Jaya. – SMS Portal, 30/11/2016
Baca Juga: Umno Kota Marudu mahu kerusi DUN Langkon