Masalah Hidung Berdarah di kalangan Kanak-kanak

by Oh! Semput


8
SHARES
106
VIEWS
Posted on 16 May 2017 02:00:41

Hidung berdarah kadangkala nampak menakutkan, tetapi masalah ini sebenarnya perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak. Ianya bukan keadaan yang serius, dan mudah dirawat.

Sebab utama mengapa hidung berdarah berlaku adalah tabiat mencungkil hidung. Rembesan hidung kanak-kanak yang terdedah kepada udara kering akan kering menjadi keras, dan membentuk kerak.

Kerak ini tidak selesa, dan kanak-kanak akan cuba untuk mengeluarkannya dengan mencungkil hidung dengan jari. Ini menyebabkan kecederaan pada salur-salur darah di dalam hidung, dan pendarahan berlaku.

Punca lain hidung berdarah di kalangan kanak-kanak

sumber: pamfblog.org

Tetapi bukan itu sahaja punca pendarahan hidung. Terdapat sebab-sebab lain mengapa ini boleh berlaku:

  • Trauma – hidung yang terhantuk pada sesuatu yang keras ataupun ditumbuk, sering menyebabkan pendarahan. Ini tidak semestinya bermakna batang hidung itu patah atau apa-apa yang serius telah berlaku.
  • Jangkitan sinus, alahan, atau demam selesema yang teruk – hidung yang tersumbat teruk dan bahan-bahan yang merengsakan hidung, boleh menyebabkan pendarahan. Begitu juga apabila anak menghembus hidung dengan terlalu kuat.
  • Udara kering – rembesan hidung akan menjadi kering seperti yang dinyatakan tadi.
  • Jangkitan bakteria atau impetigo – lapisan dalam hidung mudah terdedah kepada jangkitan daripada bakteria. 
  • Masalah pembekuan darah – ini jarang berlaku, melainkan doktor yang bimbang tentang kemungkinan ini.

Cara untuk merawat pendarahan hidung kanak-kanak

sumber: Slideshare.net

  1. Galakkan anak untuk meniup hidung dengan lembut, untuk mengeluarkan ketul-ketulan darah beku.
  2. Kemudian, dudukkan anak dengan keadaan menyandar ke depan, dan tekan bahagian hadapan hidung  (bahagian yang lembut, bukan tulang hidung) dengan mengunakan ibu jari dan jari telunjuk selama 10 minit.
  3. Galakkan anak untuk bernafas dengan menggunakan mulut.
  4. akkan tuala sejuk atau kain yang berisi ais batu pada dahi dan bahagian atas hidung. Ini dapat menolong untuk mengecutkan salur-salur darah di hidung, dan menghentikan perdarahan dengan lebih cepat.
  5. Sekiranya perdarahan tidak berhenti, bawa anak untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Bawa anak ke hospital dengan segera jika anak berasa pening, nampak pucat, atau terdapat perdarahan yang banyak dan berterusan.

: Ask Dr Sears, NHS

Rosanna Chio

Mother of two beautiful girls with the best job in the world as Home Minister and CFO of the family. Loves writing, beaches, good food and excellent company!

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts