Maxis Tidak Nafi Atau Sahkan Laporan Penggabungan Dengan U Mobile

by Oh! Semput


3
SHARES
34
VIEWS
Posted on 28 Oct 2026 17:00:57

Lanjutan daripada laporan petang tadi berkenaan pertimbangan Maxis untuk bergabung dengan U Mobile, kini pihak Maxis dilihat tidak menafikan atau mengesahkan laporan berkenaan. Melalui Bernama, pihak Maxis mengatakan akan berkongsi sebarang perkembangan korporat kepada pasaran pada masa yang sesuai.

Komen berkenaan hadir daripada Maxis berkenaan pertanyaan mengenai laporan mengatakan Maxis memulakan proses perbincangan untuk bergabung dengan U Mobile. Langkah ini juga dijangka akan mewujudkan syarikat telekomunikasi gergasi, lebih besar berbanding CelcomDigi.

Untuk makluman, Maxis pernah bercadang membeli U Mobile sekitar 2024 lepas, namun perkara berkenaan tidak berjaya mencapai kata sepakat. Mungkin dengan keadaan pasaran semasa, kedua-dua syarikat telekomunikasi berkenaan lebih bersedia untuk membincangkan penggabungan kembali.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts