‘Mayat’ Hidup Balik

by Oh! Semput


7
SHARES
96
VIEWS
Posted on 11 Dec 2016 02:00:19

Beijing: Sebuah keluarga terkejut apabila ‘mayat’ gadis yang dibelikan sebagai ‘pengantin hantu’ anak lelaki mereka yang sudah meninggal dunia, tiba-tiba bangun sebelum sempat dikebumikan.

Ibu bapa dari Linzhou, utara China itu secara tidak sengaja membongkarkan sindiket pemerdagangan manusia selepas membeli ‘mayat’ yang rupanya remaja pekak bisu dan berpenyakit mental bernama Zhao Mei untuk ‘dikahwinkan’ dengan anak mereka.

Mengikut adat itu, dua mayat dikebumikan bersama untuk menandakan ada perkahwinan antara mereka.

People’s Daily melaporkan, ibu bapa terbabit membeli ‘mayat’ berkenaan dengan harga 30,000 yuan (RM19,200) sebagai pengantin hantu yang dihiaskan sebelum dimasukkan di dalam keranda.

Ketika majlis pengebumian dijalankan, mereka terkejut mendengar bunyi dari dalam keranda dan apabila membukanya melihat remaja berkenaan masih hidup.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts