Mayat Wanita Dalam Kancil di Kg Meruntum

by Oh! Semput


6
SHARES
77
VIEWS
Posted on 02 Jan 2017 08:00:32

Putatan: Misteri bau busuk yang datang secara tiba-tiba menimbulkan tanda tanya penduduk Kampung Meruntum terjawab selepas seorang wanita ditemui mati terbaring dalam kereta berhampiran kawasan dewan Serbaguna Kampung Meruntum, di sini, pagi tadi.

Mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung pada 8.30 pagi selepas terhidu bau busuk.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Rosley Hobden ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan mayat itu.

“Berdasarkan kad pengenalan yang ditemui di dalam kenderaan terbabit, mangsa bernama Nuratiqah Abdullah berusia 42 tahun, beralamat di Kampung Nagapas, Papar.

“Setakat ini, tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. Wanita Ditemui Mati Dalam Kancil


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts