Elly Mazlein Kuat Sentap, Fara Fauzana Hanya Bergurau?

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 14 Nov 2016 02:00:06

Niat untuk bergurau Fara Fauzana nampaknya kali ini memakan diri apabila dia diserang dan dicemuh habis habisan di laman Instagram. Semuanya bermula apabila Fara Fauzana atau mesra dengan panggilan Fafau ini sedang memperkenalkan barisan juri untuk Muzik Muzik 31.

BACA: Fara Fauzana Akui Bersedih Perkahwinan Batal

2-elly-mazlein-kuat-sentap-fara-fauzana-hanya-bergurau-rotikaya

Antara barisan juri yang ada pada acara tersebut ialah Datuk Ramli MS sendiri yang juga merupakan juri untuk Gegar Vaganza yang menyaksikan Elly Mazlein menarik diri baru baru ini. Menurut peminat tegar Elly, Fafau mengeluarkan kenyataan – Tok Ram jangan risau, tiada yang tarik diri didalam program ini.

Bila sudah keluar kenyataan seperti itu, apa lagi, akaun Instagram Fara Fauzana kemudiannya terus dihujani pelbagai cemuhan dan juga cacian daripada peminat Elly yang tidak berpuas hati. Malah ada yang menyatakan Fara cukup bernasib baik kerana pembatalan majlis perkahwinannya sebelum ini tidak dijadikan bahan jenaka.

Sementara itu, Elly juga turut menjadi mangsa kecaman apabila ada yang muak dengan ‘drama’ yang dibawanya sejak menarik diri dari Gegar Vaganza selain ada yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang cepat sentap dan tidak boleh dibawa bergurau apabila Elly turut menyindir Fara dalam komen di Instagram.

Bagaimanapun, dalam muatnaik beberapa gambar terbaru, Elly dilihat seperti sudah memaafkan Fafau berkenaan perkara tersebut dan ya, perbualan mengenai sikap Fara masih menjadi tajuk utama peminat tegar Elly Mazlein.

3-elly-mazlein-kuat-sentap-fara-fauzana-hanya-bergurau-rotikaya

Apa pun, semoga segala

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts