Bot Melintang Di KM190 Lebuhraya Pantai Timur

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 10 Dec 2016 15:01:12

KUANTAN – Sebuah bot yang dalam ‘perjalanan’ ke Tasik Kenyir, Terengganu ‘berlabuh’ di KM190 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) selepas kenderaan pacuan empat roda yang menundanya terbabas, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata kemalangan pukul 10.44 pagi itu dipercayai berlaku selepas kenderaan yang dipandu John Beauchamp Russell, 55, warga tempatan hilang kawalan semasa menuruni bukit.

Bagaimanapun, Russell yang merupakan pengurus apartmen mewah di ibu kota dan penumpang kenderaan itu, Jennifer Lynne, 51, warga Amerika Syarikat tidak mengalami kecederaan, tambahnya.

“Kenderaan itu juga telah terlanggar pembahagi jalan sebelah kanan selain tayar hadapan sebelah kanan pecah. Bot yang ditunda telah berpusing dan terbalik sebelum melintang di jalan raya,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Noor menambah bot itu milik Russell dan beliau mempunyai lesen memandu yang sah serta mempunyai kelulusan untuk menunda bot berkenaan.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59, iaitu gagal mengawal kenderaan ketika memandu dan menyebabkan kemalangan.

Sementara itu, jurucakap syarikat konsesi LPT, Anih Berhad berkata kejadian itu menyebabkan penutupan sementara lorong lebuh raya itu sebelum dibuka semula kepada pengguna selepas kerja mengalihkan bot selesai. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts