MEMANG berani betul! Seorang wanita dilaporkan ‘berang’ dengan tindakan seorang anggota polis yang berkawal di jalan yang tidak sesak di Jalan Jatinegara Barat, Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.
Kompas melaporkan, wanita tersebut ‘bengang’ apabila polis itu mengawal lalu lintas yang lenggang berbanding jalan sesak di bandar tersebut.
“Dia marah terhadap polis tersebut dengan menyatakan jangan berkawal di situ, di sana lebih sesak,” kata sumber polis di Polres Metro Jakarta Timur.
Namun, wanita tersebut menyatakan pandangannya dalam nada marah dan suara yang tinggi menyebabkan polis itu menghampiri untuk bertanyakan masalah yang dihadapinya.
Melihat keadaan wanita tersebut yang terus memarahinya, polis itu mengambil gambar nombor pendaftaran kereta menggunakan telefon bimbitnya namun dihalang wanita berkenaan.
Berlaku perkelahian di antara mereka sehinggakan wanita itu memukul dan menarik pakaian polis sehingga mencederakannya.
Media tempatan melaporkan kejadian tersebut berlaku pada Selasa lalu kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan.
Akibat kejadian itu, polis tersebut mengalami luka namun tidak dinyatakan bahagian tubuh badan yang cedera.
Kejadian tersebut dimuat naik netizen negara tersebut di media sosial dan menjadi viral.
Rata-ratanya mengkritik tindakan wanita itu yang dianggap mengalami tekanan hidup sehingga berani berkelakuan sedemikian terhadap anggota keselamatan. - Mynewshub
Pempengaruh media sosial, Aisar Khaled tampil memohon maaf selepas video ulasannya berkaitan kes melibatkan seorang pembantu rumah dan majikan menjadi tular serta mengundang kritikan ramai.Tak buat penelitian mencukupiMenerusi satu hantaran di Threads,
Pelakon versatil, Rosyam Nor menjelaskan bahawa watak lelaki yang dibencikan ramai dalam drama Jiwa Seorang Pentaksub hanyalah karakter lakonannya dan bukan dirinya yang sebenar.Menerusi drama bersiri siaran TV3 itu, Rosyam membawakan watak Datuk Firzan,
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa sikap belas ihsan dan perikemanusiaan rakyat tidak boleh dijadikan alasan sehingga menjejaskan kedaulatan negara atau membiarkan mana-mana pihak melangkaui batas undang-
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan polis selepas dipercayai memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam keadaan rosak teruk sehingga mengundang risiko kepada pengguna jalan raya lain di Jalan Kepong.Kejadian itu mendapat perhatian ramai selep
Pelakon Fatiya Latiff mengakui dia kini tidak lagi terlalu memikirkan soal perkahwinan apabila usianya semakin menghampiri 40 tahun.Menerusi perkongsian di Threads, Fatiya atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff berkata dia memilih untuk mencari keb
Fenomena El Nino yang sedang melanda dijangka berterusan sehingga awal tahun 2027, memberi kesan besar kepada iklim Malaysia.Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjelaskan bahawa taburan hujan akan berkurangan antara 20 hingga 40 peratus di sela
KUANTAN: Seorang lelaki yang hilang selepas terjatuh dari bot di Sungai Kobat berhampiran Taman Impian di sini pada Selasa lalu ditemukan lemas awal pagi Khamis.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd S
Perdana Menteri Poland, Donald Tusk, pada hari Selasa menyatakan bahawa syarikat usaha sama automotif tajaan kerajaan negara itu akan bekerjasama dengan gergasi teknologi Taiwan, Foxconn, untuk membina ratusan ribu kereta setiap tahun bagi pasaran domesti
Bekas isteri pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN, Anas Zul Amirul Sidi, iaitu Suffi Sofea tampil membuat beberapa pendedahan mengenai kehidupan rumah tangga mereka yang didakwa dilalui sepanjang perkahwinan.Menerusi perkongsiannya, Suffi mendakwa wujud
Google secara rasmi melancarkan Android 17 dengan pelbagai ciri baharu yang memfokuskan kepada pengalaman multitugas, permainan, keselamatan serta prestasi sistem. Kemas kini ini mula diperkenalkan untuk peranti Pixel sebelum diperluaskan secara berpering