“Saya Memang Terus Cut Off” – Zizi Kirana Tak Lagi Berhubung Dengan Yusuf Bahrin, Hubungan Dengan Mentua Kekal Baik

by Oh! Semput


3
SHARES
34
VIEWS
Posted on 19 Sep 2026 06:30:51

Penyanyi Zizi Kirana mendedahkan dia dan bekas suami, Yusuf Bahrin, sudah tidak lagi berhubung selepas mereka bersetuju membawa haluan masing-masing.

Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Yusuf bagaimanapun tidak menjejaskan silaturahimnya bersama keluarga bekas suami.

Advertisement

zk

“Saya dan Yusuf memang tak ada berhubung. Saya memang terus ‘cutoff’, tapi dengan keluarga dia, dengan mak, abah, adik ipar dan mak saudara dia semua, Alhamdulillah sampai sekarang kami masih berhubung.”

Tambah Zizi, dia melihat keluarga mentuanya sebagai individu yang baik dan merasakan hubungan tersebut tidak sepatutnya terputus hanya kerana perkahwinannya dengan Yusuf telah berakhir.

Malah, Zizi berkongsi keluarga mentuanya baru-baru ini datang menziarahinya di rumah dan menyifatkan perkara tersebut sebagai satu kebahagiaan buat dirinya.

“Walaupun saya dan Yusuf berpisah, tapi Allah beri saya kehadiran mak dan abah. Saya sangat bersyukur dan hubungan itu tak terputus.”

Dah sepakat bawa haluan masing-masing

Mengulas mengenai hubungannya dengan Yusuf selepas perceraian, Zizi berkata mereka sempat berbincang sebelum benar-benar membawa kehidupan masing-masing.

Menurutnya, selepas pulang dari mahkamah pada hari perceraian, mereka berdua sempat bertemu dan berbincang di rumah.

“Dari pihak saya sendiri, saya beritahu yang saya tiada apa nak cakap dan kita bawa haluan masing-masing.”

Walaupun sudah tidak berhubung, Zizi berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya terserempak dengan Yusuf di mana-mana majlis.

Malah, dia menegaskan sudah tidak menyimpan rasa tidak puas hati atau kekok terhadap bekas suaminya.

“Saya dah tak ada apa-apa rasa, tak ada perasaan tak puas hati ke, awkward ke, tiada. Saya dah lupakan semuanya.”

Untuk rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 sebelum disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam pada 2 April lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-09-19 10:14:47

"Humble Je Dia.." - Zain Saidin Curi Perhatian, Selamba Bantu Rakan Jual Nasi Lemak

“Saya Memang Terus Cut Off” – Zizi Kirana Tak Lagi Berhubung Dengan Yusuf Bahrin, Hubungan Dengan Mentua Kekal Baik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts