Meta Membatalkan Ciri AI Yang Membolehkan Janaan Imej Menggunakan Gambar Akaun Instagram Awam

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 12 Jul 2026 14:03:58

Meta kini mengumumkan mereka akan membatalkan ciri berasaskan AI yang membolehkan sesiapa menjana imej menggunakan kandungan yang dikongsi pengguna yang disetkan sebagai akaun Instagram awam. Ini sekaligus membolehkan sesiapa sahaja menjana gambar seakan bersama pengguna lain, disamping membawa kepada pelbagai penyalahgunaan.

Perkara ini dikritik ramai sejak diumumkan oleh Meta, disamping menekankan kepada ketiadaan privasi, dan salah guna imej untuk tujuan janaan imej.

Meta mengatakan mereka memperkenalkan ciri berkenaan sebagai salah satu kaedah berkarya secara kreatif, dan turut menawarkan ciri kawalan kepada pengguna. Namun, disebabkan oleh maklumbalas orang ramai, kini Meta membatalkan ciri tersebut.

Dengan pelbagai kandungan palsu di arena internet, ciri seperti ini sedia membimbangkan ramai, disamping boleh membawa kepada pelbagai bentuk fitnah digital baru. Langkah Meta membatalkan ciri ini dilihat baik, tetapi pada masa yang sama membawa kepada pelbagai persoalan berkenaan dengan kandungan yang dikongsikan ramai di arena internet dan apakah kita benar-benar mempunyai kawalan ke atasnya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts