Jika Ada Yang Meminta Derma di Facebook Untuk Pembedahan, Ini Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Membantu!

by Oh! Semput


15
SHARES
200
VIEWS
Posted on 06 May 2017 09:01:21


Memetik daripada post Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah, seorang pakar mata dan pensyarah, ini pesanan yang dikongsikan jika ada yang meminta derma untuk pembedahan di Facebook ataupun media sosial.


Kalau ada orang sebar di FB, kata ada pesakit kemalangan, masuk hospital dan perlukan duit puluh ribu untuk pembedahan DAN MINTA DERMA , mohon tanya

1) siapa pesakit tu (warganegara atau bukan)

2) jenis pembedahan apa (perlu implant dan sebagainya)


Dan yang paling penting,

3) HOSPITAL MANA ?

Kalau warganegara, 
masuk hospital kerajaan, 
pembedahan tidak perlukan implant, 
TIDAK MUNGKIN perlu bayaran RM25,000!

Sila siasat dan lapor ke pihak polis orang yang tidak bertanggungjawab begini.

Tidak kiralah betapa ngeri dan menyedihkan gambar pesakit itu.

Penipuan tetap haram.

Mereka ini scammer yang menangguk di air keruh.

Mohon semua berhati-hati. Jangan terlalu cepat berasa kasihan dan mudah tertipu!

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts