Bumi Kini Mempunyai Lebih Ramai Penduduk Berumur Lebih 65 Tahun Daripada Bawah 5 Tahun

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 09 Sep 2026 07:00:52

Buat pertama kali dalam sejarah, jumlah manusia berusia 65 tahun ke atas melebihi kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah di seluruh dunia menurut laporan yang diterbitkan Jabatan Bancian Amerika Syarikat. Ini disebabkan oleh penurunan tahap kesuburan bersama dengan peningkatan jangka hayat manusia di peringkat global.

Populasi penduduk bumi berusia lebih 65 tahun dijangka meningkat daripada 852 juta pada tahun 2025 kepada 2.0 bilion menjelang 2060. Sementara itu populasi dunia pula dijangka naik dari 8.13 bilion kepada 10.23 bilion menjelang 2060.

Dianggarkan 71% populasi dunia kini berada di negara dengan kadar kesuburan kurang daripada 2.1 anak untuk setiap wanita yang merupakan tahap yang diperlukan bagi menggantikan populasi sesebuah negara. Di Malaysia tahun lalu, kadar kesuburan ialah 1.6 anak untuk setiap wanita

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bulan lalu menerbitkan anggaran penduduk Malaysia akan mencecah ke 34.4 juta penduduk menjelang penghujung 2026 berbanding 34.2 juta penduduk tahun lalu. Kadar pertumbuhan penduduk adalah hanya 0.5% yang semakin perlahan disebabkan kadar kesuburan menurun dan populasi yang semakin tua. Median umur di Malaysia naik ke 31.7 tahun.

Eropah kekal rantau paling tua tetapi Asia akan menyumbang dua pertiga pertambahan warga emas global daripada 487 juta ke 1.24 bilion). Afrika kekal benua yang paling muda tetapi populasi warga emas dijangka melonjak 4 kali ganda ke 249 juta melebihi Eropah menjelang 2060.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts