by Oh! Semput
Sony Group mengumumkan mereka dan anak syarikat akan menarik diri daripada menyertai Consumer Electronics Show di Las Vegas pada tahun 2027. Ini ialah kali pertama sejak 1967 Sony tidak menyertai acara yang memaparkan teknologi terkini kepada umum.

ahun lalu Sony tidak mempunyai reruai tetapi menyertainya di bawa panji bersama Sony Honda Mobility bagi melancarkan kereta elektrik AFEELA yang telahpun dibatalkan kerana Honda menghentikan pembangunan EV baharu.
Sony membuat keputusan menarik diri dariada CES kerana fokus perniagaannya kini beralih kepada hiburan seperti permainan video, muzik, harta intelek (IP), dan teknologi kreatif, berbanding produk elektronik pengguna yang biasanya dipamerkan di CES.
Perniagaan TV telahpun dijual kepada TCL dengan syarikat baharu Bravia Inc ditubuhkan dimana TV akan dikeluarkan sepenuhnya oleh TCL dengan Sony hanya menawarkan teknologi yang dibangunkan.