Meta Kini Menawarkan Muse Di Singapura – Turut Menambah Sokongan Shopee, Grab, Lazada Dan ShopBack

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 28 Oct 2026 20:30:52

Muse merupakan ejen AI peribadi oleh Meta yang ditawarkan di beberapa buah negara sahaja, dan paling terkini ia turut diperluaskan ke Singapura. Selari pengenalan di Singapura, ia turut menambah integrasi dan sokongan untuk beberapa platform yang popular di rantau ini, termasuk Grab, Shopee, Lazada, ShopBack, Klook, dan Agoda.

Dengan integrasi ini, pengguna dengan mudah boleh meminta Muse membuat perbandingan harga di Shopee dan Lazada, melakukan perancangan untuk makan menggunakan Grab, melakukan perancangan percutian menggunakan Klook dan lain-lain. Muse menyasarkan untuk memudahkan kehidupan harian dengan mengautomasikan sejumlah perkara, sekaligus meningkatkan produktiviti.

Disamping itu, ia turut membolehkan anda menghubungkan emel, Google Calendar dan aplikasi popular lain dalam memudahkan pengurusan jadual harian, menjadualkan sejumlah tugasan dan sebagainya.

Muse ditawarkan di Singapura melalui aplikasi iOS, Android dan web. Fungsi asas ditawarkan secara percuma, dengan pilihan langganan untuk yang memerlukan akses lebih meluas. Tarikh pelancaran untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts