Malu Nak Mengaku Asal Negeri Johor

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 17 May 2017 20:02:00

Malu Nak Mengaku Asal Negeri Johor

Assalamualaikum admin, harap sangat admin boleh postkan confession ni
Yes melihat tajuk mungkin kita akan lihat mengenai satu sudut negatif tapi ia adalah satu peringatan bagi kita yang begitu alpa dalam memecahkan umat kita sendiri dan terlebih taksub dengan bola sepak
Seperti mana tajuk, saya berasal daripada Kg Melayu , JB and yes tajuk mengenai bangsa kita yang tersangat taksub dengan bola sepak
Saya telah menghabiskan pengajian saya di IPTA di Pantai Timur
Kenapa tajuk ini mengenai malu untuk mengaku bangsa johor? sebab saya tak suka penghina, saya tak suka orang yang angkuh
Roomate saya terdiri daripada pelbagai negeri, tetapi tidak tahu saya dilahirkan di johor kerana membesar di selangor
hampir setiap hari saya akan selalu menerima pelbagai reaksi negatif daripada merka mengenai JDT, pada mulanya memang saya akan mempertahankan JDT, tapi bila saya tengok sikap fans JDT, yes mmang saya rasa patut majoriti fans di malaysia membenci kita, kita telah mencetus satu kebencian yang teramat terhadap johor dengan sikap kita

KeD*G, SelangD*G,KelanTAIK,F*ckhang, F*cklish, T*iletterengganu, Negeri SemBULLD*G,

Itulah yang selalu keluar daripada mulut fans2 kita
Mula2nya aku menjadi keyboard warriors untuk melindungi JDT, tapi bila aku lihat sikap FANS kita, aku merasakan ia menjadi tanggungjawab aku menyebarkan mesej anti kenegerian melampau
Mengapa?Kita sudah sangkakan kita ni terlalu hebat, malah mencampur adukkan bola dengan perihal negeri
yes aku malu,
malu tatkala perlawanan kelantan-pahang, mereka mampu untuk menonton bersama2 walaupun di tempat home di darul makmur. Tapi apa yang jadi antara Johor dan Pahang?Tifo menganjing FAM yang juga TMP?tifo menghina Pahang iaitu gajah pink? malah yang terjadi depan mata sendiri, fans jdt menendang fans pahang yang naik motor hingga kemalangan?allahu hitamnya hati kita hanya sebab bola sepak
cacian dan makian tak pernah lekang di mulut kita, kita selalu labelkan mana-mana fans yang tidak sekepala dengan kita sebagai haters
kita tidak sedar bahawa kita sedang menggunakan khidmat player negeri orang tapi kita menghina negeri mereka
Apabila orang pertikaiakan mulalah kita menuduh mereka mengamalkan bola Anak Jati, walaupun mereka hanya ingin mengatakan KALAU NEGERI KAU HEBAT SANGAT KAU GUNALAH PLAYER SENDIRI, dan malah mula mengaitkan tentang Real Madrid yang juga membeli players, bukan hasilkan players. Tapi beza mereka dengan kita, mereka tak pernah hina Portugal, negara asal CR7
Begitu mudah kita hina orang,hanya sebab kita hebat dalam bola sepak, mudahnya kita ucapkan orang dengki dengan kejayaan kita, perlu diingatkan bahawa terdapat negeri yang lebih dahulu berjaya dari kita seperti selangor tapi kenapa mereka tidak mempunyai HATERS??Orang tak cemuh dengan kejayaan kita, orang cemuh bila kita menghina mereka
Sepertimana kita tak suka dihina, seperti itulah juga mereka
Lagipun kita semua ni boleh dilabelkan sebagai lalang
di manakah kita sebelum TMJ wujudkan JDT??di manakah kita saat Johor Pasir Gudang beraksi? kosong stadium bukan?
kita pernah mengeluarkan memes kepada fans Negeri Perak bahawa mereka akan bergaduh dengan team yang mereka lawan,
tapi ia umpama backfire kerana kita tak sedar kita lagi banyak bergaduh dengan fans negeri lain

Ayuhlah semua, bersatulah bawah nama agama
Tiada yang lebih mulia disisi Allah melainkan hambanya yang mukmim
Allah gambarkan kita dalam alquran sebagai satu umat sahaja, iaitu umat manusia
Tiada negeri yang lebih baik berbanding mana2 negeri, kita semua hnyalah satu

MR 01

& Kredit: iiumc

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts