by Oh! Semput

Saya tidak pernah merajuk atau cemburu pun jika dia sering menjadi perhatian peminat kerana selepas lima tahun berkahwin saya kenal benar dengan sikapnya. Perubahan dan menjaga penampilan diri ini bukan kerana cemburu tetapi ia kewajipan saya untuk kelihatan cantik untuk suami, itu sahaja.Saya seperti wanita berkahwin lain tetap sibuk dengan urusan rumah tangga selain menguruskan keperluan suami dan dua anak kami yang masih kecil. Tetapi saya tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk mengabaikan penampilan diri walaupun sudah berkahwin. Saya kurus dan menjaga penampilan pun bukanlah kerana ingin bersikap menunjuk-nunjuk sebaliknya apa yang dilakukan adalah semata-mata demi suami.
Tidak kira dia cantik atau tidak, hanya Wawa sahaja yang saya pandang tambahan pula pada fasa sekarang saya langsung tidak terfikir untuk buat perkara yang tidak mendatangkan faedah. Anak kami sudah dua dan fokus saya kini hanyalah untuk bekerja keras demi meningkat ekonomi keluarga.