Ibu Menteri Komunikasi dan Multimedia meninggal dunia

by Oh! Semput


9
SHARES
122
VIEWS
Posted on 02 Dec 2016 02:01:01

Oleh Suzianah Jiffar

[email protected]

KOTA KINABALU: Ibu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, Toh Puan Bandong Hasbollah, 85, meninggal dunia di Hospital KPJ di sini, pagi tadi.

Allahyarhamah yang juga isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah ketujuh, Tun Said Keruak, meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 6.55 pagi.

Difahamkan, Salleh yang juga Bendahari UMNO bergegas pulang ke Kota Kinabalu petang semalam selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016 di ibu negara, sejurus dimaklumkan mengenai keadaan ibunya.

Cucu Allahyarhamah, Syarulnizam Salleh, berkata jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Siasai/Tombol, Kota Belud.

“Semua anak dan cucunya berada di sisi ketika Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Allahyarhamah meninggalkan lima anak iaitu Datin Saidatul Badru Said; Datin Sandralilah; Salleh; Saidatul Badariah dan Zainoriah.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts