Menteri Gesa Ibu Bapa Larang Anak Bawah 16 Tahun Guna WhatsApp Dan Telegram Untuk Elak Buli Siber

by Oh! Semput


4
SHARES
53
VIEWS
Posted on 28 Oct 2026 14:00:49

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil hari ini menekankan agar ibu bapa memantau anak-anak, dan tidak membenarkan anak berusia bawah 16 tahun daripada menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram. Hal ini adalah dalam usaha untuk mengurangkan risiko terdedah kepada kandungan tidak sesuai dan juga buli siber.

Menteri sebelum ini pernah menekankan yang mana sepatutnya pihak WhatsApp atau Meta patut bertanggungjawab dalam menangani pembulian siber pada platform mereka. Terdapat beberapa kes, dimana seorang pelajar di tambah dalam kumpulan WhatsApp yang mempunyai sejumlah pelajar lain, dan pembulian siber dilakukan. Pihak SKMM sedang meneliti berkenaan perkara ini, terutamanya berkaitan penyalahgunaan aplikasi komunikasi.

Sebelum ini, kerajaan turut menekankan yang mana mereka yang berusia bawah 16 tahun dihadkan daripada membuka akaun media sosial, namun beberapa platform masih tidak melaksanakannya sepenuhnya lagi. Sehubungan itu, ibu bapa turut diminta mainkan peranan dalam memantau aktiviti digital anak-anak, terutamanya yang berusia bawah 16 tahun.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts