"Saya Merasakan Kedamaian" - Lindsay Lohan Akui Rasa Tenang Baca Al-Quran

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 11 Feb 2017 13:00:30


PELAKON Lindsay Lohan tampil bercakap mengenai Islam dalam satu temu bual oleh sebuah rancangan popular di Kuwait Swar Shoib baru-baru ini.

Menurut pelakon Mean Girls itu, dia tidak berniat untuk mencari publisiti ketika dirakam memegang al-Quran tahun lalu di New York.

"Saya hanya memegang buku agama, namun  masyarakat Amerika tidak menyukakannya. Mereka menilai saya kerana itu dan berkata perkara-perkara tidak baik.

"Al-Quran satu ketenangan dan satu perkara selamat yang saya ada," katanya kepada pengacara rancangan itu Shoain Rashid.

Dalam temubual itu juga, Lohan menjelaskan bagaimana dia pernah solat dan berpuasa pada bulan Ramadan.

"Saya berpuasa selama tiga hari dengan rakan saya dari Kuwait, ia adalah sukar tetapi menyeronokkan," ujarnya

Pelakon itu juga berkata, dia turut membaca 15 muka surat terjemahan al-Quran dan turut berlatih menulis beberapa ayat dalam bahasa Arab juga.

"Saya juga mendengar bacaan al-Quran di telefon bimbit saya. Saya mempunyai aplikasinya," tambahnya

Ketika ditanya Rashid mengenai perasaan ketika membaca al-Quran, Lohan berkata, dia berasa tenang.

Bagaimanapun, Lohan tidak mengesahkan mahupun menafikan sama ada dia memeluk Islam.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts