by Oh! Semput
Android 13 akhirnya telah dikeluarkan secara rasminya dan perubahan yang ada pada versi kali ini sangat berbeza dengan Android 12.
Versi ini hanya sekadar untuk meningkatkan lagi kualiti enjin yang beroperasi dalam peranti pengguna namun masih berbaloi dimiliki.
Pengguna tablet dan telefon yang boleh dilipat akan menerima lebih banyak kelebihan berbanding peranti biasa. Kelebihan itu disertakan dengan kemas kini Material You yang akan meningkatkan lagi penyesuaian Android di dalam peranti berkenaan.
Walaupun pencipta telefon pintar tidak memberitahu akan ketersediaan Android 13 pada produk mereka, namun versi ini dijangka akan sama seperti versi Android yang sebelumnya.
Siri Pixel merupakan siri peranti yang pertama menerima versi Android 13 diikuti dengan Samsung dan Oppo selepasnya. Malah, terdapat lebih banyak lagi siri yang dijangka akan menerima versi ini.
Asus telah mencuba Android 13 pada Asus Zenfone 8 sebaik sahaja Android 12 dikeluarkan pada siri perdana yang terdahulu. Kini, syarikat tersebut telah mengumumkan pelancarannya bermula dari siri Zenfone dan ROG.
https://twitter.com/ASUS/status/1591777907843686402?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1591777907843686402%7Ctwgr%5E4db2a76323ed751f26607a0dc6530fc4df734953%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.digitaltrends.com%2Fmobile%2Fandroid-13-phones-list%2F
Ini merupakan siri peranti Asus yang dijangka bakal menerima Android 13:
Google telah mengumumkan kesemua peranti Pixel akan menerima Android 13. Ini bermaksud kemas kini itu akan diterima oleh 4, 4XL, 4a, 4a 5G, 5, 5a, 6, 6a, dan 6 Pro. Siri 3a dan 3a XL telah menampakkan kemas kini terakhirnya manakala siri PIxel 7 dan 7 Pro akan dilancarkan bersama Android 13.
Samsung
Ini merupakan siri Samsung yang sudah memiliki Android 13:
Ini pula senarai siri Samsung yang akan menerima Android 13:
HMD Global tidak memberi kemas kini yang pantas kepada peranti Nokia tetapi Android 13 dikatakan telah digunakan pada Nokia XR20.
Namun, Nokia Mob perasan akan percubaan Android 13 kepada siri X30 5G, G60 5G, X20, X10, dan G50. Mungkin kemas kini dijangka bakal rasmi sekurang-kurangnya pada tahun hadapan.
Siri peranti Nokia yang dijangka untuk terima Android 13 akan perlu tunggu penggumuman yang seterusnya dari syarikat itu sendiri.
Nothing Phone 1 akan menerima kemas kini Android 13 tetapi bukan pada masa yang terdekat. Syarikat itu mengesahkan bahawa mereka akan berusaha untuk mengeluarkan kemas kini tersebut sebelum Julai 2023.
OnePlus mengumumkan versi Android 13 bersama OxygenOS 13 untuk OnePlus 8, OnePlus Nord 2 dan model-model yang baharu.
Siri OnePlus 10T, Nord200 dan 8T+ bakal menerima kemas kini ini kemudian sementara OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro akan menerimanya pada 10 November. Siri OnePlus 8, 8 Pro, dan 8T pula akan menerima kemas kini tersebut pada November 15.
Untuk OPPO pula, percubaan telah dilakukan pada siri Find N dan Find X. ColorOS 13 telah melancarkan kemas kini yang lebih stabil untuk FindX5 dan FindX5 Pro. Siri peranti ini telah tersedia di Malaysia sejak 15 September.
Pada 2 November, Sony Xperia telah mengumumkan bahawa kemas kini Android 13 telah diperkenalkan bersama beberapa ciri yang terbaru untuk siri Xperia 1 IV dan Xperia 5 IV.
Namun, Sony tidak menyediakan mana-mana garis masa untuk siri 1 IV dan 5 IV menerimanya tetapi mungkin akan disahkan juga kelak.
Xiaomi kini sedang mencuba Android 13 untuk Xiaomi 12, 12 Pro, dan Mi Pad 5. Untuk realme pula, program beta sedang diadakan pada siri GT 2 Pro, realme 9 Pro, dan realme 9 Pro Plus.
Akan tetapi, senarai keseluruhan peranti berkenaan tidak dikeluarkan lagi dan dijangka akan tersedia pada minggu yang akan datang.
Gambar Utama: DigitalTrends
{suggest}