MH370: Keluarga akan diberikan taklimat misi mencari selepas Tahun Baru Cina

by Oh! Semput


7
SHARES
87
VIEWS
Posted on 24 Jan 2017 04:33:33

BENTONG, 25 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Taklimat mengenai misi pencarian Malaysia Airlines MH370 akan diberikan kepada keluarga terdekat penumpang dan anak kapal pesawat itu selepas Tahun Baru Cina.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia Airlines akan menyelaras perjumpaan itu di lokasi yang ditentukan kemudian.

“Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah bersetuju untuk menghantar pakar-pakarnya bagi memberi penjelasan kepada ahli-ahli keluarga mangsa,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, satu pasukan khas diketuai oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan ditubuhkan untuk mengendali perkara berkaitan dengan MH370.

Pasukan itu katanya, turut terdiri daripada Kementerian Dalam Negeri, MAS dan beberapa agensi lain yang berkaitan.

Sebelum ini, Australia, Malaysia dan China memutuskan untuk menggantung pencarian MH370 di Lautan Hindi setelah hampir tiga tahun dijalankan sejak ia dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014.

Keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada kesan pesawat berkenaan dijumpai dalam zon carian pada 120,000 kilometer persegi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts