CEO Microsoft Mengatakan AI Memerlukan “Brek Kecemasan” Yang Dikawal Manusia

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 11 Oct 2026 03:30:36

CEO Microsoft, Satya Nadella kini berkongsi pendapat berkenaan dengan pembangunan model kecerdasan buatan oleh pelbagai syarikat teknologi, dan menekankan pembangunan ini perlu turut disertakan dengan “brek kecemasan” untuk menghentikan ia pada bila-bila masa dan dikawal manusia.

Satya Nadella turut menekankan yang mana kita tidak boleh hanya menerima segala perkara yang diberikan oleh model kecerdasan buatan sewenang-wenangnya, termasuk cadangan, jawapan dan tingkah-lakunya. Kebelakangan ini juga, hadir beberapa laporan mengatakan model AI telah menceroboh sistem lain, menggodam web dan sebagainya – memperlihatkan pembangunnya seperti tiada kawalan penuh pada model-model mereka.

Satya Nadella mengatakan model AI perlu dikawal dan diandaikan mempunyai kekurangan dari awal, dan menganggap penyertaan “brek kecemasan” seumpama pada kenderaan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts