by Oh! Semput
Jika PC Windows 11 anda didapati hilang ruang storan hingga 500GB, ia bukanlah salah anda.
Ia selepas Microsoft telah mengesahkan satu pepijat serius dalam Windows 11 yang menyebabkan fail CapabilityAccessManager.db-wal yang berada di dalam C:ProgramDataMicrosoftWindows CapabilityAccessManager membesar tanpa kawalan, memakan ruang simpanan sehingga 500GB.
Fail ini berfungsi sebagai log pangkalan data untuk mengurus kebenaran aplikasi seperti kamera, mikrofon, lokasi dan rakaman skrin, biasanya, hanya memakan ruang beberapa MB.
Namun, ia gagal dikompak dengan betul, menyebabkan ia terus bertambah besar.
Ramai pengguna melaporkan ruang “System & reserved” dalam tetapan meningkat luar biasa, antara 70GB hingga lebih 500GB.
Untuk mengesahkan sama ada PC anda terjejas dengan isu ini, anda boleh menyemaknya di Settings > Storage > Show more categories > System & reserved.
Jika ruang sistem mencecah ratusan GB, kemungkinan besar anda terkena bug ini.
Masalah ini bukan berpunca daripada muat turun rawak, sebaliknya daripada fail sistem yang dilindungi.
Microsoft secara diam-diam telah pun membaiki isu ini melalui kemas kini Windows 11 KB5095093 pada lewat Jun 2026 lepas, tapi akan menyertakan pembetulan lagi dalam kemas kini July 2026 Patch Tuesday.

Walaupun penyelesaian sementara isu ini ialah menukar nama fail tersebut melalui Windows Recovery Environment atau Safe Mode bagi membolehkan sistem menjana semula fail baharu yang lebih kecil, tapi ia tidak disyorkan kerana ia boleh menyebabkan isu lain pula.
Jadi, jika PC anda alami isu ini, pastikan anda menyemak kemas kini yang tersedia untuk PC anda dengan segera.
{suggest}
Microsoft Sahkan Pepijat Windows 11 Makan Storan Sehingga 500GB WISER.MY.