by Oh! Semput
Microsoft telah mengesahkan bahawa Windows 11 versi 26H2 akan dilancarkan pada musim luruh 2026 (sekitar Oktober).
Kemas kini ini hadir dalam bentuk pakej kecil (enablement package/eKB) yang mengambil masa kurang lima minit untuk dipasang, dengan hanya satu kali but semula.
Seperti versi 25H2, ia bukanlah kemas kini besar tetapi lebih kepada penambahbaikan kecil yang memastikan kestabilan sistem.
Microsoft kini menawarkan ciri baharu melalui kemas kini bulanan, bukan lagi melalui pelepasan tahunan.
Tiada perubahan besar dari segi keperluan sistem, peranti yang sudah menjalankan Windows 11 24H2 atau 25H2 boleh menaik taraf kemas kini bahru ini nanti dengan lancar.
Spesifikasi minimum kekal sama: RAM 4GB, storan 64GB, dan pemproses 64-bit dwi-teras dengan kelajuan sekurang-kurangnya 1GHz.
Sokongan kemas kini Windows 11 26H2 ii untuk edisi Home, Pro, Pro EDU dan Pro for Workstations akan berakhir pada Oktober 2028, manakala edisi Enterprise, Education dan IoT Enterprise pula dilanjutkan sehingga Oktober 2029.
Walau bagaimanapun, jika peranti anda menjalankan Windows 11, versi 26H1, anda tidak akan dapat dapat mengemas kininya kepada versi 26H2.
Sebaliknya, ia akan terus menerima kemas kini pada keluaran Windows akan datang.
Menjelaskan perkara itu, Microsoft menyatakan bahawa ini kerana, Windows 11, versi 26H1 adalah berdasarkan teras Windows yang berbeza daripada Windows 11, versi 24H2, 25H2 dan 26H2.
{suggest}
Microsoft Sahkan Windows 11 26H2 Tiba Oktober Ini, Sokong PC Terdahulu WISER.MY.