Mijia Front Load Washer Dryer Pro Boleh Didapati Di Malaysia Bermula Harga RM2399

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 02 Sep 2026 10:30:55

Mijia Front Load Washer Dryer Pro dilancarkan di Malaysia hari ini sebagai tambahan baharu dalam rangkaian mesin basuh Xiaomi. Ia hadir dengan kapasiti besar 12.5kg untuk basuhan dan 8kg untuk pengeringan sekaligus sesuai untuk pakaian harian serta item bersaiz besar.

Mesin ini mudah dipasang di ruang rumah dan dilengkapi panel kawalan skrin sentuh dengan sokongan pelbagai bahasa. Antara teknologi pintar termasuk Dual Auto Dosing untuk dos detergen dan pelembut automatik, Smart Wash untuk basuhan mendalam dalam 32 minit, Quick Wash hanya 12 minit serta kawalan pintar melalui aplikasi Xiaomi Home dengan AI Laundry Expert.

Ia turut menawarkan basuhan dan pengeringan wap yang mampu membunuh sehingga 99.99% bakteria dan virus. Smart Dry Control dengan sensor pintar menghentikan kitaran apabila pakaian kering bagi mengelakkan terlebih kering, manakala mod pantas pula membolehkan basuh dan kering pakaian harian dalam masa 59 minit.

Mesin ini juga dilengkapi dengan pelbagai sistem pembersihan automatik termasuk pembersihan saluran pengering, kipas dan gasket antibakteria. Fungsi tambahan seperti Aromatherapy Wash dan Refresh Care memastikan pakaian bebas bau dan kedutan. Harga jualan di Malaysia ialah RM3,399 dengan harga promosi RM2,399.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts