RTM Minta Pengguna Ikut Cara Ini Jika Ada Isu Tonton Piala Dunia 2026 Di RTMKlik

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 22 Jun 2026 11:00:21

Untuk peminat bola sepak di Malaysia, tahun ini ada kelainan sedikit dari segi pengalaman menonton Piala Dunia FIFA 2026 kerana ia disiarkan secara percuma di saluran RTM (TV1, TV2, RTKMKlik, Okey TV, Sukan+) dan bukan lagi Astro.

Setakat beberapa minggu ini, RTM tidak dapat lari daripada menerima kritikan dan cadangan penambahbaikan terutama dari segi kualiti sambungan di aplikasi RTMKlik.

rtm piala dunia 2026

Masalah RTMKlik semasa tonton Piala Dunia 2026

Jadi, RTM telah mengeluarkan beberapa petua untuk pengguna yang hadapi isu dengan aplikasi RTMKlik sama ada di telefon, tablet atau TV.

  • Video tidak dapat dimainkan
  • Aplikasi tersekat (hang/freeze)
  • Buffering/loading berpanjangan
  • Paparan tidak stabil

Jika masalah anda tidak tersenarai sekalipun, anda masih boleh cuba ikuti langkah di bawah yang telah saya susun berdasarkan cadangan RTM.

TORONTO, ONTARIO – 17 JUN: Bola perlawanan dilihat sebelum perlawanan Kumpulan L Piala Dunia FIFA 2026 antara Ghana dan Panama di Stadium Toronto pada 17 Jun 2026 di Toronto, Ontario. Darrian Traynor/Getty Images/AFP (Foto oleh Darrian Traynor / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images melalui AFP)

Cara selesaikan isu dengan aplikasi RTMKlik semasa tonton Piala Dunia FIFA 2026

Anda boleh cuba cara di bawah satu persatu dulu dan buka aplikasi RTMKlik. Teruskan dengan cara seterusnya hanya jika yang sebelumnya tidak berjaya.

  • Kemas kini aplikasi RTMKlik ke versi terkini melalui App Store/Play Store.
  • Matikan aplikasi dengan “Force stop” atau “Force close” aplikasi RTMKlik dalam Tetapan/Settings.
  • Matikan dan hidupkan semula peranti (restart).
  • Matikan dan hidupkan semula router Wi-Fi atau bertukar antara Wi-FI dan data mudah alih.
  • Kosongkan cache: Tetapan > Aplikasi > RTMKlik > Kosongkan cache
  • Kosongkan data aplikasi: Tetapan > Aplikasi > RTMKlik > Kosongkan Data (akaun anda akan dilog keluar)
  • Buang (uninstall) aplikasi RTMKlik, restart peranti dan pasang semula RTMKlik dari App Store/Play Store.

https://www.instagram.com/p/DZpmzDDkktN/

RTMKlik masih ada isu tonton Piala Dunia FIFA 2026

Akhir sekali, jika semua cara ini tidak membuahkan hasil, RTM mencadangkan anda untuk menonton melalui medium berbeza seperti melalui laman web RTMKlik, tonton melalui peranti lain atau gunakan ciri cast screen/mirror screen atau AirPlay.

Dalam kiriman yang sama, stesen milik kerajaan itu turut mengingatkan pengguna bahawa kelancaran tontonan adalah bergantung kepada beberapa faktor.

Prestasi aplikasi juga dipengaruhi oleh spesifikasi peranti, versi sistem operasi, firmware Smart TV, serta kelajuan dan kestabilan internet. Oleh itu, pengalaman pengguna mungkin berbeza antara satu peranti dengan peranti yang lain – RTM

Ramai juga antara pengguna sama-sama mengingatkan untuk meninggalkan komen secara berhemah kerana ini adalah kali pertama RTM menyiarkan kesemua perlawanan secara langsung tanpa bayaran daripada penonton.

{suggest}

RTM Minta Pengguna Ikut Cara Ini Jika Ada Isu Tonton Piala Dunia 2026 Di RTMKlik WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts