ABIM, MLLFS minta laluan bantuan kemanusiaan dibuka di Aleppo

by Oh! Semput


7
SHARES
97
VIEWS
Posted on 14 Dec 2016 16:01:11

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui agensi bantuan kemanusiaan Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) meminta satu koridor kemanusiaan dibuka bagi memberi laluan untuk bantuan kemanusiaan disalurkan kepada lebih 100,000 penduduk Aleppo.

Menurut satu kenyataan hari ini, koridor kemanusiaan itu perlu dibuka bagi memberi rawatan kecemasan hospital dan bantuan makanan dan minuman kepada mangsa yang masih terkepung dengan jaminan tanpa ada risiko ditangkap.

“ABIM dan MLLFS juga dengan tegas mengutuk pembunuhan beramai-ramai dan keganasan berterusan ke atas rakyat Syria di mana ia mendapat ‘persetujuan’ daripada seluruh pemimpin dan kuasa besar dunia.

“Presiden Syria, Bashar al-Assad dan Russia termasuk sekutu keduanya perlu bertanggungjawab ke atas kekejaman ini dan konflik di Syria yang sudah memasuki tahun keenam. Ia harus dihentikan bagi mengelak lebih ramai mereka yang tidak berdosa terkorban dan merana,” katanya dalam kenyataan itu.

ABIM turut menzahirkan rasa kesal dengan tindakan sepi pemimpin dunia Islam termasuk kegagalan kuasa besar dunia untuk menghentikan pembunuhan rakyat Syria di Aleppo.

Pada masa sama, MLLFS sedang melaksanakan kempen Bantuan Musim Sejuk Syria dengan menyasarkan sumbangan sebanyak RM500,000 untuk membantu rakyat Syria yang berhadapan musim sejuk.

“Mereka yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam: 14-210-01-000988-2 atau Maybank: 5648-1051-3971,” katanya.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts