U Mobile Dan UIA Umum Kerjasama Untuk Memajukan Teknologi Rangkaian 5G Dan 6G Negara

by Oh! Semput


6
SHARES
77
VIEWS
Posted on 29 Sep 2026 07:00:35

Syarikat telekomunikasi tempatan U Mobile baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama bersama institusi pengajian tinggi tempatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menjadikan UIA sebagai rakan pengajian pertama untuk menyertai program Enterprise Intelligence Platform (EIP) mereka.

Kedua-dua organisasi akan bekerjasama untuk memajukan penyelidikan akademik, inovasi, dan pembangunan bakat dalam bidang ketersambungan 5G serta teknologi baharu dan akan datang. Kerjasama ini akan menggabungkan kepakaran akademik dan penyelidikan UIA dengan keupayaan ULTRA5G U Mobile serta ekosistem industri, teknologi, dan inovasi EIP bagi meneroka aplikasi yang dikuasakan oleh 5G-Advanced (5G-A) dan kecerdasan buatan (AI), di samping membina keupayaan untuk teknologi masa hadapan termasuklah pembangunan teknologi rangkaian 6G.

Dibawah kerjasama ini, makmal penyelidikan teknologi 5G dibawah Kulliyyah of Engineering di UIA akan dilengkapi kelengkapan rangkaian ULTRA5G U Mobile untuk membolehkan penyelidik dan para pelajar siswa dan siswazah untuk melakukan kerja penyelidikan teknologi rangkaian dalam keadaan dan situasi terkawal.

Dalam pada itu, projek-projek penyelidikan UIA yang terpilih juga akan diberikan akses kepada persekitaran sandbox EIP untuk membolehkan ia dibangunkan, diuji dan diperlihatkan untuk membolehkannya bukan sahaja dibangunkan dan diuji dengan lebih cepat, tetapi juga untuk menilai keberkesanannya untuk pembangunan dan penggunaan teknologi di masa hadapan, termasuklah pembangunan teknologi rangkaian 6G.

Bidang yang sedang dipertimbangkan termasuk penyelesaian kampus pintar, aplikasi Internet of Things (IoT) dan kembar digital, dengan kes penggunaan berpotensi yang mungkin berkembang melangkaui peringkat penyelidikan. Dapatan daripada projek rintis ini juga boleh dibangunkan menjadi kajian kes untuk tujuan pameran serta repositori pengetahuan EIP.

“Perkongsian strategik ini membawa industri secara langsung ke kampus kami,” kata Profesor Dr Mohamed Aslam Mohamed Haneef, Timbalan Rektor (Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan), UIA. “Melalui EIP, U Mobile memperkasakan penyelidik dan pelajar kami dengan infrastruktur 5G sebenar serta peluang penyelidikan dan pembangunan yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk dibangunkan secara sendiri. Kerjasama ini memperkukuh ekosistem penyelidikan IIUM yang berteraskan nilai, mempercepatkan inovasi dalam bidang 5G, AI dan aplikasi 6G masa hadapan, serta melengkapkan bakat kami dengan pendedahan industri secara praktikal, sekali gus mencerminkan komitmen kami untuk menghasilkan ilmu yang memberi manfaat kepada negara dan kesejahteraan insan.”.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts