Mohamad Thaqif Meninggal Ketika Dibacakan Yasin

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 26 Apr 2017 11:01:23


JOHOR BAHRU – “Mohamad Thaqif Amin yang tenat meninggal dunia ketika kami sekeluarga sedang membacakan surah Yasin kepadanya.

“Saya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik ke atas anak saya, mendoakannya menjadi anak yang soleh,” kata bapanya, Mohd. Gaddafi Mat Karim.

Beliau yang merupakan bekas pemain bola sepak Selangor berkata beliau sekeluarga reda dengan pemergian anak ketiganya daripada lima beradik itu.

Beliau berkata jenazah anaknya akan dibawa pulang ke Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi untuk dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan selepas bedah siasat selesai.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan tidak putus-putus berdoa terhadap kejadian yang menimpa anaknya. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts