Cara Mohon Subsidi Tambang Pengangkutan Awam RM30/bulan Dari Aplikasi Nine Untuk Pengundi Di Selangor

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 30 Sep 2026 07:30:12

Mungkin masih ramai warga Selangor yang belum tahu, Kerajaan Negeri Selangor ada mewujudkan Inisiatif Subsidi Tambang Pengangkutan Awam Selangor yang menyediakan subsidi bernilai RM30 setiap bulan sehingga Disember 2026.

Menerusi program ini, insentif RM30 akan dikreditkan secara bulanan terus ke dalam eWallet aplikasi Nine anda.

Cara memohon sangat mudah adalah sangat mudah di mana anda hanya perlu memasang aplikasi Nine di peranti pintar anda.

Seterusnya, anda perlu mengaktifkan ciri e-Dompet aplikasi ini terlebih dahulu.

Kemudian, tekan pilihan Transport dan pilih Transport Subsidy untuk buat permohonan semakan kelayakan subsidi di dalam aplikasi dan pilih pengangkutan awam yang tersedia.

 

Setelah diluluskan, gunakan kredit tersebut untuk membeli tiket menerusi aplikasi seperti membeli tiket KTM Komuter menerusi aplikasi KTMB Mobile atau KITS Style dengan memilih Nine sebagai mod pembayaran.

Malah, untuk pembelian tiket KTM Komuter, selain laluan Lembah Klang, subsidi ini juga boleh digunakan bagi laluan KTM Komuter Utara dan Shuttle Selatan.

Inisiatif terhad ini terbuka kepada 50,000 pemohon terawal dengan setakat ini sudah seramai 6,633 penerima telah mendapat manfaat ini.

Suka dinyatakan di sini, subsidi ini hanya untuk perkhidmatan pengangkutan awam dalam aplikasi Nine sahaja.

Tidak sah untuk perkhidmatan e-hailing.

Pemohon pula mestilah warganegara Malaysia dan mestilah mengundi di Selangor yang menjadi syarat mandatori untuk melayakkan anda menerima subsidi ini.

Apliksi Nine boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store.

{suggest}

Cara Mohon Subsidi Tambang Pengangkutan Awam RM30/bulan Dari Aplikasi Nine Untuk Pengundi Di Selangor WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts