MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 06 Nov 2026 11:00:19

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan pihaknya telah menerima maklumat awal berhubung laporan penampakan cahaya terang di beberapa kawasan ruang udara Malaysia pada malam 4 November 2026.

Menurut MOSTI, penampakan cahaya itu turut dikaitkan dengan kemasukan semula (re-entry) satelit Balai Cerap Neil Gehrels Swift (Neil Gehrels Swift Observatory) milik NASA ke atmosfera.

Bagaimanapun, setakat ini, MOSTI memaklumkan tiada laporan rasmi mengenai penemuan sebarang serpihan objek yang disyaki berasal daripada objek angkasa seperti roket, sama ada di darat atau perairan Malaysia.

Kementerian itu turut menjalankan pemantauan secara aktif dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan.

[

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts