'Ada motosikal, boleh jadi usahawan'

by Oh! Semput


3
SHARES
34
VIEWS
Posted on 08 Dec 2016 08:01:05

Jika para belia mempunyai motosikal dan berminat berniaga, maka mereka boleh menyertai Projek Usahawan Bergerak atau Mobilepreneur yang peluangnya disediakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mulai tahun depan.

“Saya nak maklumkan kita akan buka Mobilepreneur kepada belia yang mempunyai motosikal sendiri dan sekiranya berminat dengan projek ini, kita galakkan mereka untuk memohon.

“Ini bermakna kita akan gunakan motosikal sedia ada dan kita akan ubah suainya untuk disediakan tempat meletak peralatan (berniaga). Kita juga akan bagi peralatan dan latihan kepada mereka,” kata Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada pemberita semasa menghadiri majlis Mobilepreneur peringkat negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata langkah diadakan projek itu ialah untuk melahir lebih ramai usahawan belia terutama di kawasan luar bandar yang tergolong di bawah kategori miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah.

Turut hadir di majlis itu Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Ibrahim Ahmad dan Timbalan Pengerusi GiatMara, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Ismail Sabri berkata belia yang berminat untuk menyertai projek Mobilepreneur boleh membuat permohonan secara terus di Cawangan GiatMara di negeri masing-masing.

“Kita mempunyai bajet berjumlah RM30 juta tahun depan, dan kita akan tengok sekiranya ramai yang berminat jadi Mobilepreneur yang menggunakan motosikal sendiri. kemungkinan kita akan kurangkan bilangan motosikal yang kita sediakan (untuk projek tersebut) sebelum ini,” katanya.

Di majlis itu, beliau menyerahkan motosikal kepada 38 orang peserta Mobilepreneur dari Selangor yang menjalankan perniagaan merangkumi perkhidmatan makanan dan minuman, automotif, elektrikal serta Spa dan kecantikan.

– Bernama

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts