by Oh! Semput
Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) memperkenalkan lima Mission Labs di I-Nation 2026. Sesi ini menghimpunkan kerajaan, industri, penyelidik, pengawal selia dan penyedia pembiayaan untuk membangunkan penyelesaian teknologi sebagai projek rintis.
Program bertemakan “Mission to Action” itu berlangsung di Le Méridien Putrajaya pada 11 November 2026. Tahun ini, formatnya beralih daripada persidangan kepada sesi kerja.
Lima Mission Labs tersebut memberi tumpuan kepada penuaan sihat, keterjaminan makanan, industri sawit, ekonomi altitud rendah dan mobiliti autonomi.
Menurut MRANTI, tiga bidang pertama menyokong inisiatif terpilih daripada tujuh Mission-Oriented Initiatives (MOI) yang diluluskan Majlis Sains Negara. Dua lagi didorong oleh permintaan industri.
Antara hasil yang disasarkan ialah pembentukan Execution Pods, iaitu pasukan pelaksana yang akan membawa penyelesaian terpilih ke peringkat projek rintis dalam tempoh enam hingga 12 bulan.
Dapatan projek rintis akan digunakan untuk menilai prestasi operasi, daya maju kewangan dan kesan sosial sebelum penyelesaian itu dipertimbangkan untuk penggunaan lebih meluas.
Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Ashran Dato’ Ghazi, berkata Mission Labs dirangka supaya usaha tersebut “tidak terhenti pada peringkat cadangan”.
Bagi Misi Penuaan Sihat, MRANTI sedang memuktamadkan Perjanjian Kerjasama dengan MRIC Healthcare Sdn Bhd sebagai rakan peneraju pertama.
Di I-Nation 2026, MRIC Healthcare turut bertukar memorandum persefahaman (MoU) dengan empat rakan kerjasama:
MoU antara MRIC Healthcare dengan CelcomDigi pula masih dalam perancangan.
Sempena I-Nation 2026, MRANTI juga mengadakan Global Sandbox Forum (GSF) bersama pengawal selia, pengendali sandbox dan rakan antarabangsa. Forum ini berlandaskan pengalaman Malaysia menerusi National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) dan bertujuan memperkukuh kerjasama dalam pengujian, pengesahan dan pengkomersialan teknologi merentas sempadan.
{suggest}
MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan WISER.MY.