Mudah adu itu ini, Rusdi tegur pelakon baru ‘manja’

by Oh! Semput


14
SHARES
185
VIEWS
Posted on 27 May 2017 08:01:29

Rusdi (bertopi) ketika berlakon dalam adegan filem Tanda Putera. — Foto AFPRusdi (bertopi) ketika berlakon dalam adegan filem Tanda Putera. — Foto AFPKUALA LUMPUR, 27 Mei — Pelakon Rusdi Ramli menegur sikap ramai pelakon muda yang “sangat manja” dan “tidak bersedia.”

Berpengalaman 30 tahun, beliau berkata sikap pengarah yang “tidak terlalu garang” antara puncanya, lapor Harian Metro.

“Kalau zaman saya dulu, pengarah memang sangat garang dan tegas. Kerana pengarah hari ini kebanyakannya sangat baik, jadi pelakon muda jadi sangat manja!” katanya.

Beliau kesal kerana mereka mengadu kepada penerbit dan stesen TV apabila ditegur kerana “tidak membuat persediaan sebelum masuk ke set.”

Justeru, Rusdi, pelakon Waris Jari Hantu dan Tanda Putera, terpaksa membuat “kelas lakonan”  sebelum penggambaran.

“Setiap babak ada situasinya dan kalau itu pun mereka tidak faham, susahlah. Mereka masih banyak kena diajar.

Katanya, produksi lancar jika pelakon membuat persediaan dan mengkaji karakter masing-masing sebelum ke set penggambaran. 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts