Muhyiddin Calon Popular Untuk Jawatan Perdana Menteri – Kajian

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 10 May 2017 12:00:38

Muhyiddin

Satu kajian oleh PPBM mendapati pemimpin yang mengetuai PPBM menjadi pilihan utama bagi jawatan perdana menteri.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih digemari untuk jawatan perdana menteri dengan sokongan 37.3 peratus daripada responden, diikuti pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad (35.9 peratus) dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (34.3 peratus).

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin keenam paling popular dengan 27.0 peratus sokongan, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di tangga kesembilan paling popular (20.0 peratus) dengan sebahagian besar daripada responden (52.0 peratus) menentang beliau.

Di kalangan pemimpin BN, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein (26.4 peratus) adalah lebih popular daripada Najib dan juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (23.3 peratus).

Hanya 15.2 peratus responden bersetuju dengan kenyataan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus menjadi perdana menteri.

Ini meletakkan kedudukan Zahid di bawah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang (15.9 peratus), Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali (17.2 peratus) dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (17.6 peratus).

Sementara itu, 38.1 peratus responden bersetuju bahawa Umno perlu bekerjasama dengan PAS dan 32.6 peratus juga bersetuju bahawa kedua-dua parti perlu bergabung.

Apabila ditanya sama ada MIC atau MCA perlu keluar BN, hanya kira-kira 20 peratus daripada responden bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Kajian itu dijalankan pada bulan Julai dan Ogos tahun lepas, meliputi sampel yang mewakili 30 kawasan parlimen di seluruh Malaysia.

Ia didahului oleh beberapa siri fokus perbincangan kumpulan dan kajian awal yang bermula pada bulan April tahun yang sama. Hasil kaji seldiik itu telah disampaikan oleh Ketua Biro Dasar dan Strategi BERSATU, Datuk Rais Hussin pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata sembilan pensyarah universiti turut membantu dalam menjalankan kajian ini dan telah diberitahu untuk membongkar “kebenaran kejam” bagi mengumpul maklumat yang tepat kepada strategi pilihan raya BERSATU.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts