Musim Tengkujuh Tingkat Pendapatan Penagkap Ikan Sungai

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 30 Nov 2016 08:01:15

KEMAMAN – Rezeki musim tengkujuh membawa keuntungan kepada Mohd Ramdhan Ramlee, 35, apabila ikan sungai yang ditangkapnya berjaya menambah pendapatannya.

Mohd Ramdhan dari Chukai berkata kedatangan musim tengkujuh memberi peluang untuknya menambah sumber pendapatan dengan menangkap ikan sungai yang bertambah bilangannya akibat limpahan air sungai setiap kali musim banjir.

“Alhamdulillah, memang jumlah ikan sungai akan meningkat pada musim seperti ini kerana ikan dibawa arus deras…dalam tempoh lima jam saya mampu menangkap hingga 10 kilogram.

“Ikan sungai memang mendapat permintaan tinggi…saya jual ikan ini dengan harga RM15 sekilogram dan sehari pendapatan saya boleh mencecah hingga RM200,” katanya ketika ditemui Bernama ketika sedang menangkap ikan di sekitar kawasan sungai berhampiran Perumahan Rumah Mampu Milik Teluk Kalong di sini hari ini.

Mohd Ramdhan berkata antara ikan yang mendapat permintaan tinggi ialah ikan keli, sebarau, puyu, lampam dan temperas.

“Ikan ini saya jual di pasar dan melalui laman sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp. Permintaan memang terlalu tinggi…hinggakan adakalanya saya tak dapat memenuhi permintaan pelanggan,” katanya.

Mohd Ramdhan berkata beliau akan menahan pukat sebanyak tiga kali sehari iaitu pada awal pagi sekitar pukul 7 pagi, pukul 3 petang dan lewat malam.

“Memang syukur sangat-sangat diberi limpahan rezeki sebegini sebab saya hanya bekerja sendiri…musim tengkujuh ni lah saya dapat cari rezeki lebih untuk anak-anak sekolah,” kata bapa kepada empat anak itu. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts