Muslim Pro Akan Menawarkan Sokongan Pembiayaan Umrah Untuk Pengguna Malaysia

by Oh! Semput


7
SHARES
97
VIEWS
Posted on 11 Aug 2026 14:00:59

MuslimPro, aplikasi gaya hidup popular dalam pengguna beragama Islam, kini turut menambah integrasi berasaskan kewangan pada platform mereka. Untuk tujuan ini, Muslim Pro bekerjasama dengan pihak Bettr, iaitu syarikat dibawah Ant International.

Melalui kerjasama ini, Muslim Pro kini menawarkan penyelesaian pembiayaan umrah untuk pengguna di Malaysia. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada pengguna beragama Islam yang layak dan berkemampuan dalam memudahkan mereka menunaikan ibadah Umrah. Muslim Pro menyatakan pembiayaan ini menggunakan struktur Tawarruq, sekaligus menyediakan kemudahan pembayaran selaras prinsip kewangan Islam.

Dengan integrasi ini kelak, pengguna di Malaysia boleh melayari pakej Umrah yang ditawarkan terus pada aplikasi Muslim Pro, dan seterusnya melakukan permohonan pembiayaan dengan pilihan bayaran ansuran antara 12 bulan ke 24 bulan.

Buat masa ini, Muslim Pro baru sahaja mengumumkan kerjasama untuk pengenalan ciri ini. Semakan kami pada aplikasi Muslim Pro mendapati ciri ini masih belum diaktifkan lagi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts