by Oh! Semput

ANGGOTA Lembaga Pemegang Amanah MyCare, Dr Fauziah Mohd Hassan. – Foto Rosdan Wahid
IPOH: Humanitarian Care Malaysia Bhd (MyCARE) akan berbincang dengan badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di Jakarta, South East Asia Humanitarian Committe (SEAHUM) bagi membolehkan misi keamanan dihantar ke Rakhine, Myanmar.
Anggota Lembaga Pemegang Amanah MyCare, Dr Fauziah Mohd Hassan, berkata kehadiran NGO dari Malaysia tidak disenangi kerajaan Myanmar berikutan pendirian membantah kezaliman tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya.
Katanya, wanita Islam yang bertudung dinasihatkan tidak menyertai misi keamanan ke kawasan berkenaan kerana dibimbangi boleh mengancam nyawa.
“MyCARE bercadang mahu bergabung bersama SEAHUM bagi membolehkan misi kemanusiaan sampai ke wilayah itu kerana SEAHUM sudah diberi kebenaran ke Rakhine.
“Mereka merancang menghantar misi kemanusiaan dan MyCARE akan pergi di bawah nama SEAHUM untuk memberi bantuan kepada etnik itu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis bual bicara menceritakan pengalamannya menyertai misi Women’s Boat To Gaza (WBG) di sini, hari ini.
Category: Semasa