MyPPP gesa tolak DAP pada PRU-14

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 28 Apr 2017 21:01:32

Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MyPPP gesa tolak DAP pada PRU-14

28 APRIL: Rakyat khususnya masyarakat Cina di negara ini diminta menolak DAP yang mengetuai Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Naib Presiden MyPPP, Ong Chee Keong berkata, penolakan itu sebagai menunjukkan apa yang dilakukan parti itu di Selangor dan Pulau Pinang adalah salah.

“Penolakan itu perlu dilakukan seperti pada Pilihan Raya Umum 1999 yang mana DAP pada waktu itu hanya menang 10 kerusi Parlimen.

“Jadi, rakyat terutama kaum Cina perlu menolak DAP dengan tidak mengundi parti itu pada pilihan raya umum akan datang,” katanya pada program Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku di Mentakab di Pahang, Jumaat.

Chee Keong yang sebelum ini 15 tahun menjadi ahli DAP dan pernah menjawat jawatan Pengerusi DAP Selangor berkata, DAP kini diterajui oleh kepemimpinan diktator anak dan bapa iaitu Lim Kit Siang serta Lim Guang Eng.

“Dahulu Kit Siang kata Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai diktator, tetapi kini dia bersama Mahathir dan boleh duduk semeja semata-mata mahu menjatuhkan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Share This:


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts