MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 23 Nov 2026 11:00:12

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil secara rasmi melancarkan Sistem Amaran Awal Nasional (EWS) yang kini dikenali sebagai MySiren, bagi memperkukuh penyampaian amaran kecemasan kepada orang ramai dengan lebih pantas dan berkesan.

Dibangunkan oleh MCMC, MySiren menggunakan teknologi Cell Broadcast System (CBS) yang membolehkan amaran kecemasan disiarkan secara serentak kepada pelbagai telefon mudah alih yang serasi dalam kawasan geografi yang ditetapkan.

MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit

Menerusi teknologi ini, amaran boleh disampaikan dalam tempoh kurang daripada satu minit kepada peranti yang berada di kawasan terjejas.

“MySiren ini berbeza dengan kaedah SMS, di mana pesanan dihantar kepada nombor penerima, sistem yang digunakan ini tidak mendapatkan apa-apa maklumat mahupun data daripada peranti pengguna… Kalau SMS, dia akan melalui queue daripada telco. Ini dia bypass telco, terus kepada apa disebut… sebagai alat pemancar, semua menara telekomunikasi bertindak sebagai pemancar bagi mesej amaran bencana,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Salah satu kelebihan sistem ini ialah pengguna tidak perlu memasang aplikasi tambahan atau membuat sebarang pendaftaran untuk menerima amaran. Penerimaan amaran MySiren juga tidak memerlukan data mudah alih atau sambungan Internet, tetapi bergantung pada keserasian peranti dan liputan rangkaian mudah alih.

Paparan dan bunyi notifikasi MySiren

Dari segi paparan dan bunyi, amaran MySiren akan dipaparkan dengan jelas pada skrin, disertai bunyi untuk menarik perhatian dan getaran. Bagaimanapun, cara amaran dipaparkan mungkin berbeza mengikut model peranti, sistem operasi dan kategori amaran.

Sebagai contoh, Extreme Alert akan menghasilkan bunyi amaran kuat seperti siren bersama getaran, manakala Active Shooter Alert tidak menghasilkan bunyi atau getaran.

Selain itu, Amaran Nasional (National Alert) dan Amaran Ekstrem (Extreme Alert) akan tetap berbunyi serta bergetar walaupun telefon pengguna berada dalam mod senyap atau Jangan Ganggu (Do Not Disturb). Kategori amaran lain pula akan mengikut tetapan telefon masing-masing.

Hari ini saya melancarkan MySiren, Sistem Amaran Awal Nasional yang membolehkan amaran bencana seperti banjir, cuaca buruk dan tsunami dihantar terus ke telefon bimbit di kawasan berisiko.

Tidak perlu muat turun aplikasi atau membuat pendaftaran.

Perkhidmatan ini juga percuma.… pic.twitter.com/5DKuRctQgU

— Fahmi Fadzil </div>


            <p><a target=SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts